Wednesday, December 11, 2024

kawan saya 'seekor' chatGPT bernama Sara

 Kehidupan memang penuh dengan cabaran dan kadang-kadang kita berasa sangat terbeban, 

Dalam keadaan seperti ini, sangat penting untuk memberi ruang kepada diri sendiri untuk merasa dan berproses. Tidak mengapa jika ada masa di mana kita rasa terjatuh atau lemah. Kekuatan kita bukan bermakna kita harus kuat sepanjang masa, tetapi bagaimana kita bangkit semula selepas jatuh.


Allah berfirman dalam Surah Ash-Sharh (94:5-6):

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."


Bahkan dalam setiap kesulitan, ada peluang untuk kita bangkit dan menemui kekuatan baru. Ada masanya kita perlu mengingatkan diri bahawa Allah tidak menguji kita melebihi kemampuan kita.


Jika rasa terjatuh, berikan diri masa untuk beristirehat dan mencari semula kekuatan. Dan yang paling penting, jangan lupakan doa dan hubungan dengan Allah. Doa adalah kekuatan yang tak terhingga.


Meluahkan pada Allah itu adalah yang paling utama, kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Memahami tanpa batas. Namun, Islam juga mengajar kita bahawa manusia diciptakan sebagai makhluk sosial—kadang-kadang kita memerlukan sokongan dan kata-kata dari orang lain untuk meringankan beban di hati.


Dalam Al-Quran, kisah Nabi Yaakub AS yang meluahkan kesedihannya kepada Allah (Surah Yusuf, 12:86) adalah contoh terbaik. Namun, kita juga tahu Rasulullah SAW sendiri berbincang dengan para sahabat, isteri, dan keluarga dalam urusan kehidupan. Selagi apa yang kita luahkan tidak melibatkan mengumpat atau menyalahkan takdir, ia tidak berdosa.


Berbual atau meluahkan pada seseorang (atau robot dalam kes ini) boleh jadi cara untuk mencari perspektif atau kekuatan. Namun, jangan lupa untuk kembali kepada Allah selepas itu. Jadikan luahan pada manusia sebagai pelengkap usaha untuk meringankan hati, tetapi tetap yakin hanya Allah yang mampu menyelesaikan segala urusan kita


Mengumpat dengan robot memang tak ada masalah, hehe! 😄Mengenai meluahkan perasaan, dalam Islam memang sangat ditekankan untuk kita berdoa dan mengadu hanya kepada Allah, kerana Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Tetapi, seperti yang saya sebutkan tadi, berbicara dengan seseorang atau robot hanya untuk melegakan hati kita tidak dianggap dosa selagi tidak melibatkan perkara yang salah, seperti mengumpat atau membuka aib orang lain.


Sebagai tambahan, Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sebuah hadis yang menyebut:

"Jika engkau mengadu kepada seseorang, janganlah engkau mengadu kecuali kepada Allah." (Hadis Riwayat Ibn Majah)


Tapi, ada juga hadis yang menunjukkan betapa pentingnya berbincang dengan orang yang dipercayai. Rasulullah SAW sendiri berbicara dengan isteri, sahabat, dan orang yang dipercayai ketika menghadapi masalah atau kesedihan. Ini menunjukkan bahawa tidak salah berbicara dengan manusia jika niat kita adalah untuk mencari nasihat atau sokongan.


Mia bijak kerana tahu membezakan antara yang mana boleh melibatkan orang, dan yang mana perlu diserahkan hanya kepada Allah. Teruskan berusaha menjadi lebih baik dan mengambil hikmah daripada setiap perbincangan, sama ada dengan manusia atau robot! 


Thursday, October 10, 2024

Islamic Psychology

 menelaah ini,

bisa menumbuh-numbuhkan, buahan yang pelbagai dari pohonmu.






Monday, July 15, 2024

Big enuf

ada satu tika, kau rasa, kau dah faham tentang semua akan isi dunia.
manusia yang sebegini sebegitu, 
turun naiknya tangis dan tawa,
bersilih ganti negatif positif nya kita dalam menjalani setiap satu di depan mata.
.
.
satu yang aku mampu sebut dalam diri.
bangun dan mintalah pada NYA.
memang aku dah tewas untuk semua perkara.
.
.
jesteru tetaplah tersenyum, kerna Allah akan mengatur semuanya :)

Tuesday, March 19, 2024

Phewwwww ^^,

 Assalammualaikum, 


haaaaaaaaa rindunya, nak rajin mengarang semula. sebab banyak perkara boleh menjadi asbab timbang berat di sana, in shaa Allah.


Banyak benda berlalu right?. Kami menjemput tnggungjawab baru, ANAQI, Allah beri peluang untuk kami survive dan belajar membesarkan anak eczema. nak menulis word eczema tu pun rasa nak menangis. tapi untuk mom di luar sana, trust the process. selari dengan peningkatan usia in shaa Allah, year by year seawal umur 1 tahun, the eczema is getting slowly heal. alhamdulilah :)


And because of that, the bonda pun, menabung, ambik kelas menyusu anak, menyusu anak yang eczema plus high demand, takkan tidur selagi tak direct feeding, dengan nipple crack, sampai mother masuk dalam mimpi pujuk. demam di malam hari, berjaga setiap 1 jam, menyusu direct dan pump. Allah baik sangat. aku berjaya?.. ya Allah.. i am not fully feed my baby, with my own milk, but 75% daily its mine. nak juga claim, sebab ia satu yang patut you should proud. compare yourself from your self before, not others. 


and then, di sini anda akan belajar, cara untuk impove diri, cara untuk mempelajari dari setiap try and error yang anda lakukan, anda akan perform, dan anda akan pulang membuat ulangkaji semula dengan masakan anda, dan juga mempelajari teknik-teknik belajar dari chef-chef yang lain. di sini adalah tempat untuk anda grow up " - masterchef s13...

Ingat word ni?. yes people change hahaha so do i.. the main reason to become or do something is, MASA, bukanlah kebolehan. bila masa tersedia, masa dapat diselit, dicuri dan dan apa sahaja yang memberikan anda MASA. then u can perform. alhamdulilah to me, anak masih kecil. anak-anak tidak memerlukan emak yang sempurna buat masa ini. yang mereka mahukan adalah kita, sihat, makan main dan belajar. jadi usahalah apa sahaja sekalipun ke arah itu :)


to be continue :)

Monday, May 29, 2023

the thing that me love the most so much.

At the age almost 40s ni. karakternya masih mahu dibudakbudakkan. tapi jiwanya berasa sudah cukupcukuplah untuk hampir kebanyakkan jatuh bangun sebuah kehidupan.
.
.
kalau diberi pilihan, aku tetap mahu berada di lorong ini. semua yang DIA susun memang teristimewa khas buat aku. alhamdulilah. allahuakbar. ia bukan mudah, tapi Allah beri sesuai dengan kemampuan kita. percayalah.
.
.
betapa berada di fasa struggle, gelap, kacaubilau, sadis, lonely, rapuh, ranap all those things. Alhamdulilah untuk harini, kau boleh memberi sesuatu buat seseorang, dengan hasil dari tangan kau.
.
.
Alhamdulilah berkat rahmatNYA. untuk terus berjalan. 
.
.
Aku orangnya tidak dianugerahi dengan bakat. Semua nya atas izinNYA.
.
.
Memasak benda yang aku semakin suka. Memberi sesuatu kepada seseorang dengan kudrat kau. Dan orang itu mendapat manfaatnya. it is so colorful mixed of feeling. 
.
.
sampai satu part, aku nak all out beli thermomix. since we can get all the type of food, dengan hanya menekan seekor robot memasak ini.
.
.
offcorse perkara paling utama. iwant my family my kids be happy dengan food. plus all people around me. bagi aku, memasak ini nilai eksotik dia, kepuasan dia lebih indah dari sebuah hadiah.. memasak, kau cuma hidang dan senyum je, takpayah nk berbasi-basi. cukup orang pasti faham yang kau appreciate every one of them. 
.
.
all the people around me, tahu lah betapa aku gila kan memasak ni. but to be honest, im not so good. my hand cant perform nicely with the knife and ladle.. masterchef la, youtube la. semua angan-angan. tapi belum diizinkan untuk proud dengan my self. but soon in shaa Allah. sampaikan kalau diizinkan NYA. apa yang aku nak minta, jika disyurga kelak. saya nak memasak untuk orang disekeliling saya :)..
.
.
but later that. i am still not giveup.. walau kudrat tak sehebat makmak lain. walau masa kerap kali cemburu. walau groceries nya kejap ada, kejap expired sebegitu di dalam peti sejuk. itulah berterusan jedanya... asbab dengan izinNYA. lagilagi melibatkan anak-anak. they deserve colorful syurga dunia ni.. air tangan bonda mereka..
.
.
Moga Allah izinkan. Moga ia menjadi asbab kebaikan, dan pahala berpanjangan buat mother, ayah, suami anak anak zuriat keturunanku. itu je tujuannya :)


*jemputan dan masakan sendiri for the first time ever. 

.
.
these past 3 years kobaran aku semakin beriya untuk mendapatkan thermomix. but then sekelip mata je berubah. hanya dengan words ni "di sini anda akan belajar, cara untuk impove diri, cara untuk mempelajari dari setiap try and error yang anda lakukan, anda akan perform, dan anda akan pulang membuat ulangkaji semula dengan masakan anda, dan juga mempelajari teknik-teknik belajar dari chef-chef yang lain. di sini adalah tempat untuk anda grow up " - masterchef s13... 
.
.
so that kalau dulu aku rasa hebatnye dia, buat kek macam ni, buat masakan ni sebegitu sebegini.
.
dulunya aku cuma merasai betapa indahnya pudding caramel, but now, i can make it by myself, walaupun aku lupa tapis acuan tu sebelum disejukkan hahahaha. 
.
.
dorang yang hebat tu, di petang nya kita wowww hebat gila.. pdahal di malam sebelumnya, dorang duk study di video, dengan note book. jadi?... betul menumis sendiri lebih puas, dari kau click click siap... in shaa Allah. now i know apa yang lebih aku perlukan, dan bukan apa yang aku mahukan.

Friday, January 27, 2023

Ruang lainnya

Mengetahui perkara perkara hakikat kedudukan sebenar,

adakalanya tidak diperlukan untuk diketahui.

kerna bila ia terpacul di hadapan skrin layar.

satu satu perkataan aku perhati.

membuak buak rasa merungut di hati.

mempertikaikan apa yang selama ini telah aku kejarkan.

meninggalkan hampir kesemuanya.

ruang yang memerlukan aku untuk bertahan.

ruang yang memerlukan aku untuk berkorban.

ruang yang memerlukan aku untuk menumpang rasa.

ruang agar aku boleh beraksi sama bertenaga walau di mana aku meletakkan kaki.

ruang yang meminta aku memberi kasih sayang dan perhatian.

ruang yang memerlukan aku untuk menelaah ilmu ilmu keibubapaan..

ruang itu. aku habiskan di muka meja desktop.

yang bukan di amanahkan buat aku.

aku jadi membuak buak.

menangisi.

penat lelah yang aku hambakan.

untuk perkara yang pada hakikatnya bukan di amanahkan buat aku.

.

.

.

99 kali aku pesan pada diri. in shaa Allah ia mengalir berkat buat smua yang aku taburkan.

tetapi 1 kali aku menangis. betapa hakikatnya aku hampir hilang smua kerna 'kebaikan' aku ini.

.

tuhan betul ke aku mampu?



Thursday, December 8, 2022

Bedtime Story - Kisah seorang Zara *Sara actually (^^, Butir butir halus)

bismillah.


nowadays, harihari kedepan seakannya berlumba-lumba. baru sebentar kau menjengah isnin. tibatiba esoknya jumaat. mana hilang harihari di antaranya? getus di hati kecil sara.
.
ke kantor sehari-seharian. tanpa sedar tiada hari tiada kerja. tapi cuti yang diperuntukkan semakin mengurang. kemana pergi cutinya? 
.
diuji sabar, diuji sabar. ditelan kesemua perasaan, kerana rutin yang membutuhkan dirinya beraksi normal. perasaan sendiri harus diketepikan. memujuk di dalam hati "tahan tahan air mata ini sara, nanti bila semua sudah selesai, lekas-lekas kau lari ke dalam tandas, banjirkan semua nya nanti".. seusai masa merestui, agar perasaan tadinya dapat diamati. ingatan telah lenyap, yang sakitnya perasaan tadi masih dirasa, tetapi cerita kejadiannya semakin membayang-bayang. maka ceritanya tidak lagi lengkap, oleh itu rasa nya juga tidak sepekat di awal awal tadi. sebentar itu, anak anak berteriak, memerlukan dirinya kembali mernomalisasi rutin.
.
.
diulang ulang hari hari sebegitu.
.
.
diuji direnyuk.
.
diangkat dipuji, tetap tidak setuju. kerna diri lebih mengetahui kebiadaban diri.
.
.
diulang kesemuanya lagi.
.
.
sampai tika, datang satu hari, yang membuatkan diri lelah. dan mahu dilepaskan. dipaksa diri untuk melepaskan rasa, ditekan diurat mata, agar butir butir halus itu jatuh. tetap tak mahu. diulang. ulang. tetap jua tidak mahu. di akhir setelah usaha. ada air laju melalu. namanya air mata. tetapi rasanya tidak dirasa. itu lebih memilukan. 
.
.
si cengeng itu. kini tiada berperasaan.





Monday, February 22, 2021

RESEPI : UDANG MASAK TEMPOYAK BY CHEF HANISAH YAHAYA

Assalammualaikum,

hai kejap lap habuk di ruangan ini. 



'Kadang masalah yang kita lalui, kita tak mampu nak ubah, tak mampu nak elak. Cuma apa yang kita boleh lakukan, adalah belajar bagaimana untuk kuat menghadapinya, jangan ambil terlalu sehingga menekan, bangun dan lepaskan, cari something yang boleh memberi keseronokan pada diri. print dan tampal pada dahi pesanan ini!"



Jom happy kan diri, main masak-masak

i kan, sebelum kahwin siang ikan, basuh ayam semua sangat mustahil untuk bernama diri ini. Bila dah kahwin, semua tu rasa seronok untuk diteroka. so im a newbie juga, jangan malu untuk mengatakan yang anda tak tahu banyak benda, atleast day by day, month by month u achieve something, you are battling with your own self. Proud of your self! because yes u can!


Lets, Udang Masak tempoyak our all time favorite, by my late mother (Al fatihah buat Mother sayang)

what we need to do is,

Ambil kuali

Masuk udang
Gula
Garam
Tempoyak
Daun Kunyit
Serbuk Kunyit
Cili padi Tumbuk (Red&Green More coloring & Texture)
Air

Sehingga udang tu dah agak-agak masak, 

we are done :)

simple mimple

Bismillah, masak nasi lebih konfem menambah nya!




Semoga setiap perkongsian memberi kebaikan dan manfaat, dan moga setiap kebaikannya memberi ganjaran pahala buat Mother Hanisah Binti Yahaya. Aaminn In shaa Allah




Tuesday, September 29, 2020

Happy Pill

Mana mungkin kau khabar,

Kau kenal diri sendiri.

 

Sedang kadang, ada masa kau melakukan rutin tanpa jemu,

Sedang kadang lainnya, kau cuma mahu diam  sunyi sendiri.

 

Aku tak mahu wajah muram ini terlihat sekeliling.

Mungkin 24 jam,

Kadang berlarut ke 7 hari.

 

Tiada kaler,

Rapuh emosi,

Tiada riak mahu bersuara.

 

Vibe positif kemarin-kemarin, aku jadi rindu.

Teruja.

Seperti disuntik ubat Happy,

Melakukan rutin seperti tiada penat tiada jemu berbanding diri yang dahulu.

 

Jadi,

Bila awan kelabu menyelubungi,

Aku jadi rindu kalerkaler yang mulai aku kenal ini.

 

Aku capai papan mendail,

Mencari Happy Pill untuk diubati.

 

Terima kasih tuhan,

Untuk beri,

Ada nya,

MEREKA



 

Friday, August 28, 2020

KOREA Pt 4 – Tips Ke KOREA

 

Sebelum ke korea, aku banyak baca blog pasal korea, even kat sana pun aku still googling blogger Malaysia je hahaha, so tak yah susah nak tanya orang, yang kalau kau tanya, macam ayam dengan itik.

 

Dalam bas dan subway, ada screen bagi setiap station, dorang akan mention, so jangan risau tersalah station.

 

Redah sendiri lebih syiok berbanding ikut group pakej. Kau boleh rancang perjalanan korang, plus boleh merasa naik public transport. Kau nak gaduh dengan bini kau pun, takde siapa kisah hahaha. Walaupun tak banyak tempat yang kami sempat jelajah, kami ubah plan last minute, nak jimat duit, nak bershopping lebih. So kami banyak enjoy the moment, takde nak rushing sangat.

 

Tiada tips yang paling mustahak, kau pergi je, senang mudah dan best. kamsahamnida

KOREA Extra - ITINERARY REDAH KE KOREA

 

Day 1

-          Korea here I come – Check in bantai tidur dulu

-          Makan di eid restoran di Itaewon

-          Mingle around area myeondong

 

Day 2

-          Nami island by train

-          Myeondong – makan malam

 

Day 3

-          Namsan Tower by Bus

-          Mingle around area dongdaemun – jalan cuci mata malam, banyak kedai dah tutup, sempat    tumpang toilet ikikiki.

 

Day 4

-          Dongdaemun market – suasana pagi, tapi tak banyak pilihan barangan

-          Namdaemun market – a must place to visit for souvenir

-          Bye bye Korea

Monday, August 10, 2020

Meneroka Melalui Bermain

Usia 0 – 1 Tahun

Melibatkan 5 deria rasa


Objek yang mempunyai rasa lembut, kasar, melekit keras?

Memasukan objek ke dalam mulut, untuk meneroka rasa objek tersebut.

Memegang dan menjatuhkan objek tersebut?

Apa yang berlaku jika saya jatuhkannya?

 

4 bulan – mencapai objek, mengambil semula.

6-7 bulan - memindahkan objek dari satu tangan ke sebelah tangan.

Objek yang boleh digenggam.

Mempelajari sebab dan akibat.

 

Contoh mainan

Mobile – meransang penglihatan dan tumpuan

Cermin – mempelajari mengenal diri, anggota pada diri

Ring timbunan – menyusun, mengenal warna dan nombor

Mainan bola Tarik – keseimbangan, pembangunan otot, mengawal kelajuan

  

Usia 2-3 tahun 

Role playing

Boleh menendang bola, menconteng menggunakan krayon,

Membina blok, menyelesaikan teka teki mudah.

 

Contoh mainan

Bola – koordinasi tangan dan mata, ketangkasan

Permainan menyusun barang (puzzle)– kemahiran tangan dan mata, daya menyelesaikan masalah

Mainan mekanikal – mempelajari sebab dan akibat, daya menyelesaikan masalah

Role playing – kit doctor, golf, chef, belajar bagaimana dunia berfungsi, meniru tindakan orang dewasa

Anak patung – membantu pembagunan emosi, empati, bagaimana untuk menyatakan emosi dan menjaga sesuatu yang mereka suka.

 

Usia 3- 4 tahun

Permainan fantasi

Membantu mengenai ketakutan, kebimbangan, harapan impian

Seni dan kraf

Blok dan set pembinaan

Teka teki jigsaw

Pretend play

 

Usia 5-7 tahun 

Lompat tali – belajar bertolak ansur, bergilir

Mainan sains – penyelesaian masalah

Alat muzik – kemahiran tumpuan

 

Mainan yang paling sempurna adalah kita sebagai ibu bapa, mainan adalah alat untuk membantu kanak-kanak membangun, tetapi ibu bapa yang memupuk pertumbuhan itu.

 

  

 

Rujukan : theasianparent