mulanmia
i grab a pencil, i draw my canvas
Monday, February 22, 2021
RESEPI : UDANG MASAK TEMPOYAK BY CHEF HANISAH YAHAYA
Tuesday, September 29, 2020
Happy Pill
Mana mungkin kau khabar,
Kau kenal diri sendiri.
Sedang kadang, ada masa kau melakukan rutin tanpa jemu,
Sedang kadang lainnya, kau cuma mahu diam sunyi sendiri.
Aku tak mahu wajah muram ini terlihat sekeliling.
Mungkin 24 jam,
Kadang berlarut ke 7 hari.
Tiada kaler,
Rapuh emosi,
Tiada riak mahu bersuara.
Vibe positif kemarin-kemarin, aku jadi rindu.
Teruja.
Seperti disuntik ubat Happy,
Melakukan rutin seperti tiada penat tiada jemu berbanding diri yang dahulu.
Jadi,
Bila awan kelabu menyelubungi,
Aku jadi rindu kalerkaler yang mulai aku kenal ini.
Aku capai papan mendail,
Mencari Happy Pill untuk diubati.
Terima kasih tuhan,
Untuk beri,
Ada nya,
MEREKA
Friday, August 28, 2020
KOREA Pt 4 – Tips Ke KOREA
Sebelum ke korea, aku banyak baca blog pasal korea, even kat sana pun aku still googling blogger Malaysia je hahaha, so tak yah susah nak tanya orang, yang kalau kau tanya, macam ayam dengan itik.
Dalam bas dan subway, ada screen bagi setiap station, dorang akan mention, so jangan risau tersalah station.
Redah sendiri lebih syiok berbanding ikut group pakej. Kau boleh rancang perjalanan korang, plus boleh merasa naik public transport. Kau nak gaduh dengan bini kau pun, takde siapa kisah hahaha. Walaupun tak banyak tempat yang kami sempat jelajah, kami ubah plan last minute, nak jimat duit, nak bershopping lebih. So kami banyak enjoy the moment, takde nak rushing sangat.
Tiada tips yang paling mustahak, kau pergi je, senang mudah dan best. kamsahamnida