Saturday, October 19, 2013

Terfaktab - 0.01


Saya masih serius mencintai teman wanita saya manakala teman wanita saya pula masih serius mahu saya meninggalkannya. Jadi pada suatu malam yang dingin, di mana suhu hampir mencecah -4 darjah celcius saya pergi berjumpa dengan teman wanita saya untuk membincangkan hala tuju hubungan kami.
Kami berjumpa di tepi tasik di pinggir ibu kota. Sengaja saya memilih tasik sebagai tempat pertemuan untuk membangkitkan mood melankolik dan drama. Saya duduk di atas sebuah bangku sambil kepala mendongak melihat bulan. Tidak lama kemudian, teman wanita saya muncul dan kini bulan sudah menjadi dua.
Dia hanya berseluar jeans dan menyarung baju panas yang saya hadiahkan padanya dulu. Baju panas itu saya kait sendiri apabila tiada drama menarik untuk ditonton di tivi. Dengan masih mahu memakainya, itu adalah satu perkembangan yang bagus untuk cinta kami berdua.
Dia duduk di sebelah sambil tersenyum manis. Saya menyelitkan sekuntum bunga matahari yang memang saya sengaja bawa untuk mencuri hatinya. Namun dia tidak memberikan respon yang menunjukkan dia teruja. Mungkin bunga matahari tidak cukup untuk mencuri hatinya. Mungkin saya perlu menyelitkan matahari pula, mungkin.
"Jadi bagaimana dengan hubungan kita?", tanya saya dengan tenang sambil menyembunyikan hati yang mula retak.
"Saya kira awak perlu meninggalkan saya, sudah terlalu banyak awak berduka kerana saya yang selalu berduka", kata teman wanita saya. Sugul.
"Saya tidak mungkin meninggalkan awak ketika awak sedang bersedih, biarlah saya meninggalkan awak ketika awak sedang gembira dan ketawa terbahak-bahak. ", balas saya dengan tangkas.
"Awak lebih layak dimiliki seorang gadis yang lebih baik dari saya.", teman wanita saya menundukkan muka.
"Saya jahat, saya jahat! Jadi kita memang sepadan. Dan biarlah kita menjadi baik bersama-sama", suara saya sedikit tinggi dan mengejutkan sepasang burung yang sedang bertenggek tidak jauh dari situ. Biarlah burung itu terbang, andai teman wanita saya juga tidak ikut terbang.
Teman wanita saya tiba-tiba memeluk saya tanpa ada sebarang niat mahu meniduri saya. Dia memeluk kerana terharu. Saya menepuk-nepuk belakangnya sambil berkata lembut.
"Pertahankan cinta untuk satu hari lagi, dan berdoa supaya Tuhan pertahankan cinta kita selamanya".
Kami pulang dan mula bertengkar seperti biasa.
Credit to - Brader Leplep & Terfaktab' s Group

Tuesday, October 15, 2013

It is not the end fer me

"Meninggalkan engkau di saat saat akhir, adalah jalan terakhir yang aku ada..
..... ia nya kurang sedikit rasa sakit, berbanding rasa peritnya ditinggalkan lagi"




dan. aku tak rencanakan pula. apa yang bakal jadi, selepas selepas itu.




It is not the end fer me,
Neither the beginning, 
it is just in between...

Sunday, October 13, 2013