Mana mungkin kau khabar,
Kau kenal diri sendiri.
Sedang kadang, ada masa kau melakukan rutin tanpa jemu,
Sedang kadang lainnya, kau cuma mahu diam sunyi sendiri.
Aku tak mahu wajah muram ini terlihat sekeliling.
Mungkin 24 jam,
Kadang berlarut ke 7 hari.
Tiada kaler,
Rapuh emosi,
Tiada riak mahu bersuara.
Vibe positif kemarin-kemarin, aku jadi rindu.
Teruja.
Seperti disuntik ubat Happy,
Melakukan rutin seperti tiada penat tiada jemu berbanding diri yang dahulu.
Jadi,
Bila awan kelabu menyelubungi,
Aku jadi rindu kalerkaler yang mulai aku kenal ini.
Aku capai papan mendail,
Mencari Happy Pill untuk diubati.
Terima kasih tuhan,
Untuk beri,
Ada nya,
MEREKA
1 comment:
Terawang-awang angin bagaikan mimpi,
Membawa ke suatu alam yang hilang,
Bagaikan jauh dimata,Hakikatnya..
Dekat dihati..
Semoga garis lurus sentiasa bertemu mu,
Melalui ruang duri paku yang mengheret duniawi,
Aku yakin ianya nggak jauh dan susah untuk kau gapai..
sINCERELY,pLANET SLEDERI
Post a Comment