Tuesday, September 29, 2020

Happy Pill

Mana mungkin kau khabar,

Kau kenal diri sendiri.

 

Sedang kadang, ada masa kau melakukan rutin tanpa jemu,

Sedang kadang lainnya, kau cuma mahu diam  sunyi sendiri.

 

Aku tak mahu wajah muram ini terlihat sekeliling.

Mungkin 24 jam,

Kadang berlarut ke 7 hari.

 

Tiada kaler,

Rapuh emosi,

Tiada riak mahu bersuara.

 

Vibe positif kemarin-kemarin, aku jadi rindu.

Teruja.

Seperti disuntik ubat Happy,

Melakukan rutin seperti tiada penat tiada jemu berbanding diri yang dahulu.

 

Jadi,

Bila awan kelabu menyelubungi,

Aku jadi rindu kalerkaler yang mulai aku kenal ini.

 

Aku capai papan mendail,

Mencari Happy Pill untuk diubati.

 

Terima kasih tuhan,

Untuk beri,

Ada nya,

MEREKA



 

Friday, August 28, 2020

KOREA Pt 4 – Tips Ke KOREA

 

Sebelum ke korea, aku banyak baca blog pasal korea, even kat sana pun aku still googling blogger Malaysia je hahaha, so tak yah susah nak tanya orang, yang kalau kau tanya, macam ayam dengan itik.

 

Dalam bas dan subway, ada screen bagi setiap station, dorang akan mention, so jangan risau tersalah station.

 

Redah sendiri lebih syiok berbanding ikut group pakej. Kau boleh rancang perjalanan korang, plus boleh merasa naik public transport. Kau nak gaduh dengan bini kau pun, takde siapa kisah hahaha. Walaupun tak banyak tempat yang kami sempat jelajah, kami ubah plan last minute, nak jimat duit, nak bershopping lebih. So kami banyak enjoy the moment, takde nak rushing sangat.

 

Tiada tips yang paling mustahak, kau pergi je, senang mudah dan best. kamsahamnida

KOREA Extra - ITINERARY REDAH KE KOREA

 

Day 1

-          Korea here I come – Check in bantai tidur dulu

-          Makan di eid restoran di Itaewon

-          Mingle around area myeondong

 

Day 2

-          Nami island by train

-          Myeondong – makan malam

 

Day 3

-          Namsan Tower by Bus

-          Mingle around area dongdaemun – jalan cuci mata malam, banyak kedai dah tutup, sempat    tumpang toilet ikikiki.

 

Day 4

-          Dongdaemun market – suasana pagi, tapi tak banyak pilihan barangan

-          Namdaemun market – a must place to visit for souvenir

-          Bye bye Korea

Monday, August 10, 2020

Meneroka Melalui Bermain

Usia 0 – 1 Tahun

Melibatkan 5 deria rasa


Objek yang mempunyai rasa lembut, kasar, melekit keras?

Memasukan objek ke dalam mulut, untuk meneroka rasa objek tersebut.

Memegang dan menjatuhkan objek tersebut?

Apa yang berlaku jika saya jatuhkannya?

 

4 bulan – mencapai objek, mengambil semula.

6-7 bulan - memindahkan objek dari satu tangan ke sebelah tangan.

Objek yang boleh digenggam.

Mempelajari sebab dan akibat.

 

Contoh mainan

Mobile – meransang penglihatan dan tumpuan

Cermin – mempelajari mengenal diri, anggota pada diri

Ring timbunan – menyusun, mengenal warna dan nombor

Mainan bola Tarik – keseimbangan, pembangunan otot, mengawal kelajuan

  

Usia 2-3 tahun 

Role playing

Boleh menendang bola, menconteng menggunakan krayon,

Membina blok, menyelesaikan teka teki mudah.

 

Contoh mainan

Bola – koordinasi tangan dan mata, ketangkasan

Permainan menyusun barang (puzzle)– kemahiran tangan dan mata, daya menyelesaikan masalah

Mainan mekanikal – mempelajari sebab dan akibat, daya menyelesaikan masalah

Role playing – kit doctor, golf, chef, belajar bagaimana dunia berfungsi, meniru tindakan orang dewasa

Anak patung – membantu pembagunan emosi, empati, bagaimana untuk menyatakan emosi dan menjaga sesuatu yang mereka suka.

 

Usia 3- 4 tahun

Permainan fantasi

Membantu mengenai ketakutan, kebimbangan, harapan impian

Seni dan kraf

Blok dan set pembinaan

Teka teki jigsaw

Pretend play

 

Usia 5-7 tahun 

Lompat tali – belajar bertolak ansur, bergilir

Mainan sains – penyelesaian masalah

Alat muzik – kemahiran tumpuan

 

Mainan yang paling sempurna adalah kita sebagai ibu bapa, mainan adalah alat untuk membantu kanak-kanak membangun, tetapi ibu bapa yang memupuk pertumbuhan itu.

 

  

 

Rujukan : theasianparent